Covid Selftest Kit Semurah RM7?

Bah. Syukur.

Teda sudah alasan xmau cek kalau2 kamurang tu ada covid ya? Ada sudah ura-ura mengatakan harganya walaupun harga siling adalah RM19.90 (sebab harga borong dia RM16) akan ada yang lagi murah. Kenapa murah? Bah, macam biasalah borong dari China, mesti murah punya.

Ada sana tulis RM6.90 kan

Sudah rasmi gaes, KPDNHEP (kementerian pengguna la pendek kata) melancarkan ni produk di KK Supermart di KLIA2 oleh itu Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs, Alexander Nanta Linggi. Ini barang beli dari Hangzhou AllTest Biotech Corporation jenama dia All Test. Ndaktau kenapa bayar RM6.90 sebab fesbuk nya bilang harga nya RM6.60. Macam biasa la ada sikit2 cukai bikin untung.

Beberapa variasi ni ujian Alltest

Yang harga RM7 (lebeykurang) tu datang dalam kotak kertas, plastik biohazard sama tu corong2 indah dia tu semua. Yang mahal sikit punya (harga RM20) dalam tu kotak plastik yang ada cantik sikit susunan dia. Menteri Alexander juga bilang banyak sudah lantikan untuk kedai-kedai termasuk stesyen minyak yang kena approved untuk jual ni barang murah. Termasuk juga supermarket, jadi sambil2 beli-belah bole laitu stok tu selftest kit di rumah untuk yang rajin mau berjalan lintas daerah nanti. Ini semua sekongkol lah waktu tu Deputy Minister of Domestic Trade and Consumers Affairs, Rosol Wahid kasitau bilang dia mau kos untuk selftest kit turun dari RM15.

Bah, jangan jadi syaitan dengan beli banyak2 pastu jual mahal ah. Perangai tu simpan2 untuk anakcucu ko nanti lah. Kasi can kita rakyat marhaen untuk beli yg murah dan bagus ni.

#covidtest #antigenrapidoral #covidrapidtest #malaysiamaju